Tuesday, January 17, 2006

Belajar Baik-Baik

Azzam sudah tiga tahun. Dia sudah boleh pergi ke nursery and kami tak perlu bayar apa-apa. Cuma dua jam setengah, bagi satu sessi. Ini disebabkan pihak kerajaan British memberi peruntukan kepada sekolah @ nursery terbabit demi pendidikan rakyatnya. PERCUMA. dan setiap hari. Best kan?

Rasanya kat Malaysia, negaraku yang kaya pon tak cam nih kut. KAlau tak silap, Kanak-kanak yang pergi ke tadika, semua perlu dibayar. Adeh... kalau orang miskin, tentu susah kan. Aku yang jadi tenaga pengajar pon terkadang memikirkan bagaimana untuk menjana lagi sumber kewangan keluarga kami. Apa-apa pon, rezeki itu dari Allah, tapi kita perlu berusaha.

Sejak Azzam sudah pergi ke school (sepatutnya disebut nursery atau tadika, tapi sbb ianya dalam school, so kami sebut school saje), dia semakin petah. Seronok tengok gelagat dia. Malah cikgu dia memuji dia sebab dia sudah pandai mengenal huruf dan nombor dan juga pandai mengeja. Sebahagian kata-kata, sudah terhafal dimindanya. Nampaknya kami kena latih dia hafaz Al-Quran dengan segera, kerana mahu dia menjadi tahfiz. Orang yang hafaz Al-Quran dan memahami makna serta mengamalkannya, adalah orang soleh dan dikasihi Allah. Aku mahu anakku dirahmati Allah dan dikasihi oleh pelbagai jenis manusia.

Nama Azzam pon diambil sempena gabungan Nabi Muhammad S.A.W dan As-Syahid Dr Abdullah Azzam . Kedua-dua insan ini adalah manusia yang baik dan cuba menyatu padukan umat Islam di zamannya. Aku mahu Azzam menyatu padukan manusia, khususnya orang Islam. Insya-Allah.

Oh ya... setiap pagi, sebelum Azzam ke school, aku selalu pesan kat Azzam agar 'belajar baik-baik'. Ye lah, umminya berharapan tinggi, so mintak dia belajar bersungguh-sungguh la kan;)

dan setiap kali bila dia balik dari school, aku akan tanya perkembangan dia di sekolah(andainya berpeluang jumpa dia di waktu petang, sbb sekarang nih balik lewat malam, buat keje kat opis..huhu.. balik rumah biasanya azzam dah tidur). Dia terkadang bercerita macam-macam. Terkadang sukar untuk difahami kerana vocab nya masih kurang. Tapi ada satu perkara yang aku suka ialah bila aku tanya azzam, "Azzam belajar apa kat school?" Dia akan jawab dengan bersahaja, "belajar baik-baik"... huhu..sabor aje la dengar jawapan itu:D.

### Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali, maka apakah bekalan utk kita tunjukkan padaNYA, adakah ianya bekalan yang baik atau buruk? ###

2 Comments:

Blogger Naim said...

Sepatutnya Malaysia yang diisytiharkan sebagai negara Islam harus menunaikan tuntutan ini.

Intisari hadis:
Dua perkara yang wajib bagi kerajaan terhadap rakyatnta adalah pendidikan dan kesihatan.
Kata lain, kedua-dua aspek ini mesti diberi secara percuma untuk kebaikan rakyat.
(Ana tak ingat perawi hadis ni, :( :P )

1:23 AM  
Blogger Hidayah said...

tu la pasal... nama aje kaya.. tapi '!"£$%....haha... ,maleh aku nk ulas lanjut;)

1:41 PM  

Post a Comment

<< Home