Sunday, January 22, 2006

Merajuk

Mi : pss.. boleh tolong tak? ada satu hamba Allah nih merajuk ngan aku aaa...
petunjuk76 : so? pujuk aaa..
Mi : aku tak layak...
petunjuk76 : sebab per? dia anak raja ker? (aku gelak sakan)
Mi : Dok aih.. dia tak sama status.. dah kawin..huhu..
petunjuk76 : err.. dia merajuk sebab per?
Mi: err.. tak pasti... aku tanya..tapi dia cam buat tak tahu..pastu dia kata dia nak merajuk ngan aku....aku konpius aaa..
petunjuk76 : err.. ko bleh agak ker dia merajuk sebab apa?
Mi : mungkin sebab aku kutuk blog dia kut?
petunjuk76 : lerr... pasal tu ker? mungkin ada sebab lain jugak dia merajuk ngan ko. Maksud aku... mungkin sebelum2 tu dia ada berkecil hati ngan ko pasal lain, tapi tak disebut... so lama2 luka tu menggunung aaa...aku rasa gini aaa... ko mintak maaf aje... katakanlah ngko bergurau ke, dan mungkin gurauan ko tak kena at that time....so just say sorry..
Mi : tak nak aaa...
petunjuk76 : sebab per? sekadar maaf pon sukar untuk disebut? (nadaku pelik)
Mi diam... dan terus diam...


sebut pasal merajuk , aku pernah membuatkan guruku merajuk. Mungkin kataku berbisa, aduss... tapi aku langsung tak bermaksud untuk melukakan hatinya. Aku bingung... nak buat cam ne eh... so aku tanya seorang kawan, cam ne nak pujuk guruku ini..sebab dia guru lelaki, dan antara orang yang paling kuhormati selain dari ayahku. Kawanku kata, lelaki kalau merajuk, ko buat derk aje...as if suasana yang melukakan tu tak wujud dan terus berkomunikasi dengan dia... tapi kena gak aa mintak maaf. So aku memula pujuk guruku, aku katakan aku minta maaf atas kesilapanku, dan aku berikan dia sesuatu. (Actually abang-suamiku membelikan dua frame cantek dari mesir. Ada tulisan Al-Quran. Cantek dan comel. Aku suka sangat. Salah satu dari frame itu kujadikan sebagai hadiah dan ianya selamat diserahkan kepada guruku ). Pastu, hari2 yang lain, aku borak selamba dengan guru, juga berdoa pada Allah agar guruku tidak lagi merajuk denganku. Alhamdulillah, kami kini berhubung dan masih baik. Alhamdulillah...


Tapi kalau pompuan merajuk cam ne? Mungkin lain pompuan lain caranya, tapi secara peribadi aku berpendapat :

KAlau perempuan itu isterimu, memang kena pujuk. Sebut kata2 sayang tu biasa la... dah namanya isteri..hehe..., ada orang bagi bunga, coklat atau apa saja yang disukainya. Kalau si isteri dia punya kesukaan adalah rantai emas... huhu.. pandai2 la ko nak uruskan cam ne..hehe..... and katakanlah maaf... and bincang, cara2 untuk mengurangkan sessi merajuk itu..hehe

Kalau perempuan itu ibumu? Rasanya sama juga, kena tahu apa yang dia suka, belanjakan sedikit wang, dan berikan dengan senyuman paling manis... dan ucapkan ayat2 memuji kejelitaan ibu.. haha.. termasuk segala kesukaran ibu mendidikmu, dan sebagainya dan of course , ayat power, "Anakanda mohon kemaafan atas kesilapan anakanda , wahai bonda..." Tangisan? aku rasa cam perlu juga, tapi jangan nampakkan anda berlakon..huhu... make it real kay;)

Kalau perempuan itu bukan isterimu, bukan adik mu, tapi kamu hormati dia, aku rasa, bagi la ucapan yang baik and sekali lagi... minta maaf...
tak susah kan? ke cam ne?



### Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali, maka apakah bekalan utk kita tunjukkan padaNYA, adakah ianya bekalan yang baik atau buruk? ###

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

merajuk? Buruk sangat perangai tu......

klu naim, tak payah pujuklah. Biar sahaja dia dengan rajuknya. Hehehe...(adakah ini pandangan yg skpetikel sbg orang yg belum kahwin?)

:) :D

-Naim-

5:34 AM  
Anonymous Anonymous said...

Mungkin ucapan maaf itu seperti dia kena bayar sebiji permata.

-Adik-

5:36 AM  
Blogger Hidayah said...

Naim, sesekali merajuk best apa.. sbb nanti ada le harapan dapat sesuatu;)
tapi kalau selalu, sesuatu mungkin jadik pelempang sbb asyik merajuk aje.. mana nak tahan kita memujuknya.. haha..(ayat di atas tak de kena mengena dengan sesiapa..sekadar gurauan)


Adik, mahalkah harga sebuah kemaafan? Bukankah ianya sekadar melafzkan, bagi menyejukkan hati yang luka? Tapi kalau dah ego and tak nak mintak maaf, kakak tak dapat nak kata apa...biarlah dia dengan egonya...

12:16 PM  

Post a Comment

<< Home