Saturday, January 28, 2006

Penaakulan Mantik

Lewat petang, kami bertolak ke Heathrow Airport, menghantar Dr Nawal dan isterinya Gee pulang ke tanahair tercinta. Alhamdulillah, Nawal sudah memperolehi Dr. Aku? Insya-Allah Dr to be... ameenn...

Nawal pesan, jangan putus asa. Benarlah, hidup ini tidak boleh putus asa. Aku teringat ada yang kata Allah tak suka hambaNya berputus asa. Ya Allah, jangan biarkan aku berputus asa, meskipon hati ini terkadang bagaikan longlai untuk meneruskan perjuangan.

"Hek eleh... dah cecah kaki sebelah.. tu.. habiskanlah perjalanan tu.." kata seorang teman.
"Fikirkan yang positif sayang.."pesan abang.

Aku tarik nafas...teringat pula kata emak."Kalau orang lain boleh buat, takkan kamu tak boleh?"

Ya.. nawal dah berjaya... maka sewajarnya aku pon boleh. Ameen.
Dan dalam pada aku sedang berfikir dan berangan, Gee menatap wajah azzam, 'comel la azzam ni', dicuit-cuitnya pipi azzam. Azzam menyengih. Memang dasar cheeky boy. hehe..

Kata-kata itu membuatkan aku teringat pada sesuatu. Pelajaran di sekolah, iaitu Penaakulan Mantik sewaktu di tingkatan 4.

Cikgu Aris berkata "Monyet suka makan pisang, Firdaus suka makan pisang, Maka Firdaus adalah monyet"
Satu kelas gelakkan Firdaus. Kasihan Firdaus, budak laki yang paling hensom dalam kelas aku, kena buli, dengan cikgu matematik. huhu...Tapi dia bijak juga, bila diberi peluang untuk memberi contoh, dia mengenakan cikgu Aris. Haha.. padan muka..ngeh.. ngeh.. tu la... sapa suruh buat ayat contoh mengejek anak murid, kan dah kena? :)

Gee masih lagi mencuit-cuit azzam. Hehe.. Bayangkan, Gee seorang wanita yang cantik (di mata aku:P ) kata azzam comel.. bangga kan? :P
Eh.. macam mana kalau kita jadikan hal ini dalam ilmu Penaakulan Mantik? Bukankah kalau kita mempelajari sesuatu, kita perlu praktikkan;)
katakan...
"Azzam adalah budak comel"
"Petunjuk76 adalah ibu azzam"
maka? Petunjuk76 adalah comel. hehe...bangga..bangga.. sebab aku pon comel:P

"elelele..."kata Mi.

Haha.. Mi jelus:p

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Azzam budak comel.
Kak Ida ummi Azzam.

Maka Azzam dan kak Ida COMEL. :D :)

Naim dah coret part 1 isi kandungan Bicara agama siri 2. selamat membaca.

-Naim-

7:49 PM  
Blogger Hidayah said...

Naim budak pandai:)
Kak ida kakak naim.
Maka Naim dan kak ida budak pandai:D
hehe.. ok tak?;)
Kak ida sudah baca. Tak sabar nak tunggu sambungannya,,hehe

3:35 AM  

Post a Comment

<< Home