Thursday, February 02, 2006

CinTa SimPle yang uTuH

Aku mengantuk. Otakku bagaikan ingin berehat sebentar. Letih berfikir hal penyelidikan. Aku memandang Abang. Abang asyik benar bermain dengan Azzam. Aku melihat Adik. Adik pula khusyuk benar dengan pembacaaannya sampai tertidur-tidur. Aku gelakkan dia. Bukankah sepatutnya kita membaca buku, bukan buku membaca kita? Hehe... Mataku terpandang sebaris kata. Letih menjadi lelaki. Aku terperanjat. Masakan adik letih menjadi lelaki? Hairan. Dan ianya menarik perhatianku untuk membaca isi kisah tersebut.

Rupanya… adik membaca kisah seorang lelaki yang letih mencari cinta. Aku tersenyum. Aku sangat kasihan dengan lelaki yang letih mencari cinta. Cinta manusia. Sayang sungguh, bila manusia mengutamakan cinta manusia, mereka akan lupa cinta Ilahi. Bila yang diutamakan cinta manusia, bila tidak dapat, menggigit jari.

Tiba-tiba, aku terkenangkan seseorang. Aku terkenang kisah cinta Abah. Kisah pertemuan cinta mak dan abah. Padaku, cinta abah simple, tetapi utuh. Kasih abah terhadap emak, masih utuh hingga kini.
“Mana kakak tahu”tanya adik.
Aku menyengih. “Tak ingat aaa sapa bagi tau. Nenek kut pernah bercerita ngan akak. Tapi rasanya abah pon ada maklumkan juga. Sungguh akak tak bape ingat siapa sebenarnya yang maklumkan hal ini”.
“Cerita la kat adikkk..”pinta Adik , dengan riak wajah tidak sabar untuk mengetahui percintaan mak dan abah. Aku tersenyum, menarik nafas dan memulakan cerita.

Abah dan mak satu kampong. Mak mengenali abah tetapi abah kurang mengenali mak. Kerana Abah orang ‘glemer’ di kampong. Maklumla, abah berpeluang melanjutkan pelajaran ke univeristi. Ke UKM. Abah juga pernah berbakti di sekolah lamanya. Abah mengajar pelajar kampong sewaktu cuti. Abah orang ‘glemer’. Abah ‘orang pandai’. Kebanyakan orang kampong kata begitu. Malah, di sebalik nama abah ada rahsia tersendiri. Atuk dan nenek telah menamakan nama abah bersempena dengan nama seorang yang pandai di kampong. Barangkali, sebab itu kita dikehendaki menamakan anak dengan nama yang baik.

Emak pon pandai juga. Kagumnya kakak pada emak ialah bila emak hendak menuntut sesuatu ilmu , dia akan berusaha mencari seorang yang pandai dan belajar dengan orang tersebut. Contohnya, menjahit. Dalam adik beradik emak, tiada siapa yang pandai menjahit, lalu emak mencari seorang nenek untuk menuntut ilmu menjahit dari nenek itu. Tidak kisahlah kalau terpaksa menuntut ilmu jauh sikit dari rumah. Emak juga aktif sukan. Malah emak juga berani. Belut di parit , emak mampu tangkap begitu sahaja, sedangkan kakak dan adik perempuan emak, semua lari ketakutan. Tapi.. emak tak suka menari. Suatu hari, cikgu emak suruh emak buat gaya tarian. Emak keraskan tangan dia. Dengan cara itu, pasti emak tidak dipilih sebagai penari di sekolah. Emak tidak suka menari. Menari di khalayak ramai, pada emak, itu adalah dosa. Kerana itu emak tidak mahu dipilih menyertai tarian di sekolah. Ketika emak menceritakan hal ini, kakak gelak. Gelihati dengan cara emak beraksi mengeraskan tangan di depan gurunya. Tidak sangka, emak pandai berjenaka. Hehe..

Akan tetapi, emak tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat univeristi. Adik beradik emak ramai. Seramai 12 orang, tetapi salah seorang kakak emak sudah meninggal sewaktu dia kecil. Memandangkan adik-adik emak masih perlu bersekolah, maka emak tidak dapat pergi ke univeristi.

Abah, selepas tamat belajar di UKM, abah berpeluang melanjutkan pengajian di luar negara. Sewaktu di luar negara, abah merasakan dia sudah berkemampuan untuk menjaga ‘anak dara’ orang. Lalu abah menulis surat kepada nenek dan atuk di kampung. Surat yang menceritakan keinginan hatinya memperisterikan ‘anak dara’ orang. Permintaan abah sangat mudah. Simple, kata orang putih. Isi kandungan surat itu , lebih kurang berbunyi;
“ Tolong carikkan anakanda seorang isteri. Syaratnya, dia sudah ada SPM dan bersekolah agama.”
“Eh akak, masa tu ada SPM ker? ”soal adik.
“Hehe.. tak de ker? Ala.. yang lebih kurang SPM la…Tapi rasanya mak ada ambik SPM la adikk..”jawabku acuh tak acuh.

“Pastu kak” adik menggesa.

Nenek dan atuk pon cari la calon yang sesuai untuk abah. Asalnya nenek dan atuk hendak merisik satu orang ini. Calon ini juga dikatakan memenuhi syarat abah. Entah macam mana, nenek dan atuk bertanyakan pada seorang hamba Allah ini, dan dia inilah yang mencadangkan emak, lalu ditunjuk arah ke rumah emak.

Kemudian nenek dan atuk mengirimkan sekeping gambar untuk mengetahui sama ada abah berkenan atau tidak dengan calon yang nenek dan atuk carikkan. Sewaktu abah melihat gambar emak, abah kata “Allah… tak pakai tudung” Huhu… Tapi abah merasakan mungkin dapat mendidik emak kemudian hari, lalu bersetuju dengan calon yang nenek dan atuk carikkan. Tidak lama kemudian, emak dan abah berkahwin. Dan emak berpeluang ke luar negara. Dan kakak berpeluang dilahirkan di luar negara. Hehe.. adik jangan jelus aaa…

Demikian lah kisah cinta abah. Simple bukan pilihan hati abah? Abah bukan memilih rupa, tetapi abah terlebih dahulu mengutamakan agama dan kepandaian bakal isterinya, melalui surat yang diberi. Kemudian baru abah melihat rupa bakal isterinya.

Alhamdulillah mak abah bahagia sampai sekarang. Ye la, percintaan selepas berkahwin. Adik perasan tak, abah suka juga mengusik emak. Suatu hari , sewaktu abah sedang menyambung kerjanya di rumah, emak melangkah masuk ke dalam rumah, dan abah berkata “Sejuk hati abang terpandang Nah”. Emak yang baru balik dari membeli belanja dapur, malu-malu kucing mendengar kata-kata abah. Hehe..

“Kakak pon harap kakak bahagia selalu bersama insan tersayang seperti bahagianya emak dan abah.” Kataku sambil tersenyum.

“Insya-Allah kak. Adik doakan kebahagiaan akak selalu. Eh, bukankah kisah cinta kakak pon menarik juga? Sehinggakan emak kata masa pertunangan kakak, ramai orang yang hadir buat Jejak Kasih. Sayang sungguh adik tidak dapat hadir kerana ada peperiksaan. Maafkan adik”Adik bernada kesal.

“Ala… malu la kakak nak bercerita. Nanti – nanti la…kalau kakak berani … hehe..tapi memang menarik. Sehinggakan seminggu selepas kami bertunang, emak asyik bercerita perihal majlis pertunangan akak sewaktu bersarapan pagi. Emak dan abah sangat gembira dengan pertunangan kakak. Kakak pon seronok bila emak dan abah gembira. Sememangnya, ia sangat menarik, seronok dan lucu!” kataku sambil tergelak. Teringat suasana majlis pertunangan kami dulu.

“Adik… kakak berhenti di sini dulu ya. Kakak sudah mahu menyambung kerja adik. Lain kali ya…kita bercerita lagi.. ”. Aku tersenyum.
“Baiklah. Adik pon mahu menyambung tidur. Selamat Malam kakak. Assalamualaikum ”. Kata Adik.
“Waalaikumussalam”

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

letih menjadi lelaki?
http://www.geocities.com/salmansulaiman/salman/letih.htm

5:38 PM  

Post a Comment

<< Home