Thursday, February 16, 2006

NanTi ada LioN la..

Untuk melahirkan seorang anak yang berani, hendaklah kita sendiri menjadi seorang yang berani. Dan jangan biasa menakut-nakutkan anak. Misalnya, kita hendak anak kecil segera masuk ke bilik, tetapi anak pula sedang leka menonton TV di ruang tamu. Barangkali, cara yang paling mudah untuk membuatkan si anak bangkit dari ruang tamu dan masuk ke bilik, adalah dengan cara menakutkan anak tersebut. Orang Melayu (setengah-setengahnya) barangkali suka berkata "Haaa... nanti ada hantu... mak tak tahu..."

Maka dengan segera si anak kecil berlari mendapatkan ibunya. Kasihan ya! Kecil-kecil lagi sudah diajar agar takut kepada hantu, bukan kepada Allah! (Istighfar..)

Azzam anak kecil yang kadang-kala boleh diharap. Kalau ada cawan kotor di ruang tamu, anda boleh suruh dia letakkan cawan kotor tersebut di dapur. Akan tetapi dia selalunya akan berlari pergi dan berlari kembali ke ruang tamu.Sesegera mungkin! Itu kalau dia berani sikit. Kadang kala dia takut juga. Dan minta ditemani ke dapur. Hujahnya mudah saja, katanya,"Nanti ada lion la..."

Aduhai anak, mana la kamu belajar hal ini...Walid memang tak dapat tahan ketawa bila mendengar katanya itu. Kata Walid, "Tak bolehkan kamu bagi alasan yang logik sikit, rumah kita mana ada lion... ", sambil tersenyum. Dan Azzam sengih-sengih saja...

Aku? Masih pening kepala, bagaimana mahu melatih anak jadi berani... kerana, sesungguhnya.. rumah kami tiada lion! hehe...

### Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); [Al-Mulk, ayat 2] ###

4 Comments:

Blogger didie said...

Betul tu, kita tidak boleh mengajar istilah takutkan sesuatu sejak anak kecil. Tapi sifat takut adalah fitrah manusia. Takut boleh dibuang bila akal boleh mengatasi naluri/ emosi.

Sejak kecil, saya biarkan anak merasa benda2 bahaya supaya dia tahu akibatnya. Dengan itu dia alert bahawa benda tersebut bahaya, contohnya periuk di atas dapur panas. Jatuh dari katil sakit. Jadi kalau si anak berada di tepi katil dia akan berhati-hati. Caranya ialah membiarkan dia explore, dengan kita mengawasi dengan mata kita. Jika kelihatan akan datang bahaya yang memudaratkan, kita bersedia untuk menyelamatkannya.

Separuh ibu bapa tak bagi anak buat benda-benda bahaya. Hatta tak bagi merasa pun yang bahaya tersebut. Dengan itu, anak menjadi 'berani tak bertempat' main redah aje.

wallahu a'lam.

11:31 AM  
Blogger abdullahjones said...

:)

8:43 AM  
Blogger Naim said...

ooo...Azzam, nnt kalau ada lion, tumbuk saja hidung lion tu. Kalau takut nak tumbuk, Azzam jerit kuat-kuat pada lion tu....dia akan lari lah....:D :S

menulisnya Naim di alam mimpi....apakah dia sedang bermimpi?

7:25 AM  
Anonymous Anonymous said...

rumah akak ada lion?????!!!! mcm zoo pulaknya! asal Nur pegi dulu,takde??

rindu kat soton!

5:16 AM  

Post a Comment

<< Home