Sunday, February 05, 2006

Ngigau Ice –cream

Sabtu baru-baru ini, walid diminta oleh seorang kawannya untuk mencari kereta baru. Di London. Azzam dan ummi duduk di rumah. Keinginan untuk keluar dari rumah adalah amat tipis, lantaran cuaca masih sejuk. Maka, lebih baik duduk di rumah dan membuat aktiviti yang sesuai untuk menghiburkan Azzam.

Azzam sudah mengenal abjad dengan baik sejak dia berusia 2 tahun. Alhamdulillah. Ramai juga teman-teman ummi dan walid melahirkan rasa kagum terhadap Azzam yang sudah mengenal huruf Al-quran, nombor dan abjad. Terkadang mereka juga suka menguji sama ada Azzam boleh mengingati huruf tersebut atau tidak. Alhamdulillah, keputusannya memuaskan. Hehe…

Dan Sabtu yang lalu, ummi membacakan Azzam sebuah buku. Buku kamus ABC bergambar. Kami membacanya bersama –sama. Sehinggalah tiba huruf I. Azzam terpandang aiskrim. Apa lagi, Azzam meminta aiskrim. Terpaksalah pujuk dia. Bagi tahu padanya, sekarang cuaca masih sejuk, dan minta dia bersabar, tunggu musim panas. Baru sedap makan aiskrim.
Dia akur, tapi raut wajahnya begitu mengharap. Kemudian kami meneruskan pembacaan diikuti dengan aktiviti menulis dan pelbagai lagi.

Jam 9.00 malam. Mata Azzam sudah kuyu, dan dia mengajak ummi tidur bersama. Ummi bagaikan mengantuk disorong bantal, apa lagi…mencapai bantal la..hehe…Entah macam mana, dan entah jam berapa, sedang kami enak diulit mimpi, alih-alih, Azzam menjerit-jerit. Katanya “Air for apa…Air for apa..” Bingung juga ummi. Malam-malam buta ditanya mengenai air. Ummi jawab, “Azzam nak minum air ke? ” Azzam masih tidak puas hati…malah mengulangi soalannya kembali. “Air for apa…Air for apa..”

Bingung ummi untuk menjawabnya. Tengah malam ummi diuji soalan seperti ini. Pertama kali dalam hidup. Hihi…
Lalu ummi meneka-neka jawapan. “Rubicon?”
“Bukanlah…“Air for apa…”soal Azzam. Kali ini, dia menangis sambil bertanya.
“Toys? Thomas?” merapu dalam kebingungan.
“Ice-cream la..”kata Azzam. Masih tersedu menangis.
Ummi tersentak. Aduss… Barangkali ‘Air’ yang kudengar, adalah I. Rupanya ummi tersalah dengar. Sebutan I disangka air.
“How to spell ice-cream ?” Tanya Azzam dalam tangisan sayu. Di tengah malam.
“I – C – E C- R-E- A- M, ice cream..” Azzam mengikuti ejaan itu dengan baik. Kemudian dia menyambung tidur. Dalam keadaan yang puas dan lena selepas berjaya mengeja ice-cream di tengah malam. Ummi? Haha… bagaimana aku nak sambung tidur selepas mendengar lawak seperti ini? Huhu…Macam-macam perasaan ada. Geli hati. Kagum. Kaget. Macam-macam ada. Inilah pengalamanku menjadi seorang ibu. Ibu kepada Azzam. Sejurus kemudian, aku pon menyambung tidur.




### Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali, maka apakah bekalan utk kita tunjukkan padaNYA, adakah ianya bekalan yang baik atau buruk? ###

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

wah, terer azam mimpi pun cakap english, mesti tengah tidur dia mimpi baca buku. :)

1:09 PM  

Post a Comment

<< Home