Wednesday, March 15, 2006

Tak KuaT La..

Balik dari school. Aku pening2 kepala. Tambah pula ada bau-bauan yang tidak boleh dihidu. Biarpon orang lain kata bauan itu enak, tapi bukan aku.

Dan pening itu kembali menyerang. Sungguh ku tak larat. Lalu membaringkan diri atas katil. Duvet yang bertimbun dipindah ke bawah. Boleh la Azzam main 'jump-jump'. Budak-budak. Melompat-lompat atas katil sememangnya menyeronokkan. Aktiviti itu juga membuatkan kakiku terseliuh, lalu bermalam di hospital. Kat Australia. Dulu-dulu..

Hari ini aktiviti melompat-lompat diwarisi oleh anakanda Azzam. Kadang-kadang dia mendendangkan lagu alif ba taa, diikuti dengan ABC dan 123. Baru dia melompat ke duvet yang bertimbun. KAdang-kadang dia mendendangkan lagu lompat si katak lompat, lompat tinggi-tinggi, cepat adik cepat, nanti boleh lari.... dan.. dia melompat atas duvet yang bertimbun itu. Berulang kali. Tersenyum puas, dan melompat lagi..

Tapi aku pening kepala. Minta Azzam picitkan kepala. Alhamdulillah dia akur. Azzam duduk di bucu katil, kaki kiri terjuntai ke bawah dan kaki kanan dilipat dan diletakkan atas paha kaki kiri. Sambil tangan kecilnya memicit-micit kepala ummi tersayang. Aku memerhati sambil tersenyum. Anakku ada gaya bujang, bisik hati kecil. Azzam memang kelihatan sungguh bergaya..hehe, meskipun memicit kepala ummi.

Tapi tak lama...dia kembali bermain lompat-lompat. Aku meminta lagi. Kerana pening-pening kepala belum beransur. Dia buat tak tahu. Sudahnya..aku katakan padanya, ambil book utk dibaca. Dia ambil 4 buku Bob the Builder, tapi baca cuma satu..hehe...
Bukan apa, saje nak bagi dia berhenti sebentar aktiviti lompat -melompat. Memang dasar budak-budak suka melompat, akhirnya dia melompat lagi.

"Azzam, tolong bagi tau walid, ummi pening kepala", kataku berkias, mengharap agar suami tercinta datang menjenguk dan memicitkan kepala ku yang teramat pening ini.

Tapi Azzam bagaikan memahami, lalu dia menjengah ke ruang tamu, walidnya sedang leka membuat kerja menggunakan komputer.
"Walid..tolong picitkan kepala ummi", kata Azzam.
Sayup-sayup aku dengar suara halus itu. Eh, yang ku pesan lain dari apa yang disampaikan, tapi si kecil Azzam berjaya menyampaikan dengan baik. Aku berkias pon dia faham..hehe..

"Nape Azzam tak picitkan"soal Walid, sengaja menduga.
"Azzam tak kuat la"jawab Azzam. Aku yang terlantar di bilik, senyum mendengar hujah si kecil.

Sejurus kemudian, Abang masuk sambil bercerita mengenai Azzam. Aku senyum, bangga melahirkan kamu Azzam. Semoga kamu menjadi anak yang soleh dan diredhai Allah. Ameen..

### Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); [Al-Mulk, ayat 2] ###

0 Comments:

Post a Comment

<< Home