Wednesday, April 26, 2006

Malaysia

Azzam sejak akhir-akhir ini sudah pandai menyebut Malaysia. Dia belajar dari kak chom, rakan semajikanku tetapi berlainan fakulti. Kak Chom buat phd di Brighton, tetapi disebabkan sewa rumah yang mahal di sana, dia bercadang untuk menginap bersama kami. Kami, kecil tapak tangan Azzam, nyiru kami tadahkan. hehe.. Memang rumah kami sudah biasa kawan2 datang menginap. So, kehadirannya tidak menjadi masalah kepada kami. Sekurangnya, aku dan Azzam ada teman borak di kala abang pergi bekerja. Dan aku juga dapat menimba pengalaman dari Kak Chom, khususnya mengenai perkahwinan dan masakan. Masakan Kak Chom memang best! Tak perlu di sebut di sini, nanti bisa membuatkan kamu kecur!haha...

Kak Chom sudah berumahtangga dan mempunyai 4 orang anak. Anak sulungnya sudah masuk universiti, dan Kak Chom ada ramai anak saudara, juga cucu saudara. Memandangkan Azzam sebaya dengan cucu saudaranya, maka Kak Chom membahasakan dirinya dengan Azzam sebagai nenek. Keluarga Kak Chom pula tidak dapat menemaninya belajar di sini lantaran cuaca sejuk di UK ini. Dulu, kali pertama Kak Chom tiba di bumi UK, suaminya, Abang Mat dan anak-anaknya ada menemani tetapi tidak lama. Mereka kembali ke Malaysia setelah beberapa minggu berada di sini, walhal rancangan asal adalah berlainan. Memandangkan hal itu, Kak Chom dengan bijaknya mengambil peluang kembali ke Malaysia sewaktu musim sejuk di sini dan kembali ke UK apabila tiba musim panas. Demikianlah kisahnya sehingga Azzam sudah pandai menyebut Malaysia. Tambahan pula, Kak Chom ada menyebut ingin pulang ke tanahair dengan 'aeroplane'. Ini sudah tentu membuatkan Azzam teringin naik kapal terbang. He he..

"Nenek nak balik Malaysia naik aeroplane."kata Kak Chom kepada Azzam suatu hari.
"Azzam nak naik aeroplane dengan nenek"pinta Azzam.
"Azzam tanya ummi"ujar Kak Chom.
"Azzam nak naik aeroplane dengan nenek, boleh tak ummi?"pintanya.
Kak Chom pula mencadangkan agar Azzam kembali ke Malaysia bersamanya dan akan dihantar kepada kedua ibubapaku di Johor. Niatnya, semoga sepanjang ketiadaan Azzam di sini, kerja penyelidikan yang aku sedang usahakan dapat berjalan dengan lancar. Aku senyum, tidak tahu bagaimana hendak bereaksi.

Sejak dari itu, acapkali juga Azzam menyebut aeroplane dan Malaysia kepadaku sehinggalah suatu hari,
"Kalau Azzam pegi Malaysia, nanti Azzam nagis"katanya dengan membuat gaya nagis , olok-olok. Aku senyum gelihati melihat tingkahnya. Macam-macam la kamu nie, bisik hati kecilku.

Rupanya, dengan kak Chom, lain pula bicaranya. Kak chom memberitahuku, jika Azzam pergi Malaysia, nanti ummi dan walid nagis. Aku tergelak mendengar. Pandai betul si Azzam nih, dengan kak chom kata lain, dengan aku dia kata lain. Dia memang pandai mengambil hati. He he..

Memang budak kecil, jika kita asuh dia dengan baik, sangat menyejukkan hati. Lantaran itu jugalah aku rasa agak keberatan untuk melepaskan Azzam tanpa kami berdua di sisinya. Maklum sajalah, kalau kami berpisah (Azzam di MAlaysia dan kami masih di bumi UK), sudah tentu kami akan nagis berpanjangan, sebagaimana yang Azzam sebut di atas. He he he

Untuk Azzam sayang, Insya-Allah kita akan kembali ke Malaysia bersama-sama setelah ummi tamat belajar di sini ya.... and I love you so much Azzam. And your dad too. (senyum)


### Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); [Al-Mulk, ayat 2] ###

0 Comments:

Post a Comment

<< Home