Saturday, February 25, 2006

Tahniah Nina + Din dan Fiq + Na

Alhamdulillah, Nina telah selamat melahirkan cahayamata pertama, anak lelaki di Kuantan manakala Na selamat melahirkan cahayamata kedua, perempuan di Kelantan. Nina adalah adikku yang ketiga adan telah berkahwin pada tahun 2003. Setelah tiga tahun berusaha (hehe), akhirnya usaha membuahkan hasil. Alhamdulillah.

Nampaknya abah dan mak sudah ada empat orang cucu. Tapi mak kata, Fiq akan bawak Na, amira dan adiknya ke Indonesia. Manakala Azzam cucu sulung mak ada di UK. Shafiq cucu mak (anak Nina) pula berada di Kuantan. Semua cucu2 mak jauh. Nada mak macam sayu.

"Tak pe mak, suruh cun kawin",aku mengusik Cun. Cun adik perempuan yang bungsu, sebab adik beradik perempuan dalam keluargaku cuma aku, nina dan cun. So cun adalah perempuan yang bungsu.Setakat ini. hehe..

"Oit..oit.. aku belajar lagi la.."kata Cun nada geram. Alhamdulillah aku tak de depan dia, kalau tidak pasti kena cubit dengan cun. Haha...

pss... nama sebenar cun adalah Husni Hanis, tapi dia bukannya cun pon. dipanggil cun supaya konon2 boleh nampak cun skit:p

"Oit..oit.. kutuk aku le tu.."kata Cun nada geram.

haha....

### Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); [Al-Mulk, ayat 2] ###

Thursday, February 23, 2006

Jangan Pergi, Hidayah

Jangan Pergi, Hidayah

Aku
Dalam payah mencari
Erti sinar
Cahaya Ilahi

Kau
Hadir dalam diri
Sekian lama kumenanti
Mendalami agama suci

Namun
Detik masa yang berlalu
Antara kerjaya dan keluarga
Antara teman dan saudara
Dihimpit nafsu dunia
Kau mula menghilang
di kala leka dalam senang

kini
dalam suka dan duka
usia meniti senja
jangan pergi Hidayah
bersamamu kita melangkah
mencari redha Ilahi
demi kebahagiaan sejati
di alam sana menanti.

Ida Sakinah Muhammad
UK
23 Feb.2006



### Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); [Al-Mulk, ayat 2] ###

Thursday, February 16, 2006

NanTi ada LioN la..

Untuk melahirkan seorang anak yang berani, hendaklah kita sendiri menjadi seorang yang berani. Dan jangan biasa menakut-nakutkan anak. Misalnya, kita hendak anak kecil segera masuk ke bilik, tetapi anak pula sedang leka menonton TV di ruang tamu. Barangkali, cara yang paling mudah untuk membuatkan si anak bangkit dari ruang tamu dan masuk ke bilik, adalah dengan cara menakutkan anak tersebut. Orang Melayu (setengah-setengahnya) barangkali suka berkata "Haaa... nanti ada hantu... mak tak tahu..."

Maka dengan segera si anak kecil berlari mendapatkan ibunya. Kasihan ya! Kecil-kecil lagi sudah diajar agar takut kepada hantu, bukan kepada Allah! (Istighfar..)

Azzam anak kecil yang kadang-kala boleh diharap. Kalau ada cawan kotor di ruang tamu, anda boleh suruh dia letakkan cawan kotor tersebut di dapur. Akan tetapi dia selalunya akan berlari pergi dan berlari kembali ke ruang tamu.Sesegera mungkin! Itu kalau dia berani sikit. Kadang kala dia takut juga. Dan minta ditemani ke dapur. Hujahnya mudah saja, katanya,"Nanti ada lion la..."

Aduhai anak, mana la kamu belajar hal ini...Walid memang tak dapat tahan ketawa bila mendengar katanya itu. Kata Walid, "Tak bolehkan kamu bagi alasan yang logik sikit, rumah kita mana ada lion... ", sambil tersenyum. Dan Azzam sengih-sengih saja...

Aku? Masih pening kepala, bagaimana mahu melatih anak jadi berani... kerana, sesungguhnya.. rumah kami tiada lion! hehe...

### Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); [Al-Mulk, ayat 2] ###

Sunday, February 05, 2006

Ngigau Ice –cream

Sabtu baru-baru ini, walid diminta oleh seorang kawannya untuk mencari kereta baru. Di London. Azzam dan ummi duduk di rumah. Keinginan untuk keluar dari rumah adalah amat tipis, lantaran cuaca masih sejuk. Maka, lebih baik duduk di rumah dan membuat aktiviti yang sesuai untuk menghiburkan Azzam.

Azzam sudah mengenal abjad dengan baik sejak dia berusia 2 tahun. Alhamdulillah. Ramai juga teman-teman ummi dan walid melahirkan rasa kagum terhadap Azzam yang sudah mengenal huruf Al-quran, nombor dan abjad. Terkadang mereka juga suka menguji sama ada Azzam boleh mengingati huruf tersebut atau tidak. Alhamdulillah, keputusannya memuaskan. Hehe…

Dan Sabtu yang lalu, ummi membacakan Azzam sebuah buku. Buku kamus ABC bergambar. Kami membacanya bersama –sama. Sehinggalah tiba huruf I. Azzam terpandang aiskrim. Apa lagi, Azzam meminta aiskrim. Terpaksalah pujuk dia. Bagi tahu padanya, sekarang cuaca masih sejuk, dan minta dia bersabar, tunggu musim panas. Baru sedap makan aiskrim.
Dia akur, tapi raut wajahnya begitu mengharap. Kemudian kami meneruskan pembacaan diikuti dengan aktiviti menulis dan pelbagai lagi.

Jam 9.00 malam. Mata Azzam sudah kuyu, dan dia mengajak ummi tidur bersama. Ummi bagaikan mengantuk disorong bantal, apa lagi…mencapai bantal la..hehe…Entah macam mana, dan entah jam berapa, sedang kami enak diulit mimpi, alih-alih, Azzam menjerit-jerit. Katanya “Air for apa…Air for apa..” Bingung juga ummi. Malam-malam buta ditanya mengenai air. Ummi jawab, “Azzam nak minum air ke? ” Azzam masih tidak puas hati…malah mengulangi soalannya kembali. “Air for apa…Air for apa..”

Bingung ummi untuk menjawabnya. Tengah malam ummi diuji soalan seperti ini. Pertama kali dalam hidup. Hihi…
Lalu ummi meneka-neka jawapan. “Rubicon?”
“Bukanlah…“Air for apa…”soal Azzam. Kali ini, dia menangis sambil bertanya.
“Toys? Thomas?” merapu dalam kebingungan.
“Ice-cream la..”kata Azzam. Masih tersedu menangis.
Ummi tersentak. Aduss… Barangkali ‘Air’ yang kudengar, adalah I. Rupanya ummi tersalah dengar. Sebutan I disangka air.
“How to spell ice-cream ?” Tanya Azzam dalam tangisan sayu. Di tengah malam.
“I – C – E C- R-E- A- M, ice cream..” Azzam mengikuti ejaan itu dengan baik. Kemudian dia menyambung tidur. Dalam keadaan yang puas dan lena selepas berjaya mengeja ice-cream di tengah malam. Ummi? Haha… bagaimana aku nak sambung tidur selepas mendengar lawak seperti ini? Huhu…Macam-macam perasaan ada. Geli hati. Kagum. Kaget. Macam-macam ada. Inilah pengalamanku menjadi seorang ibu. Ibu kepada Azzam. Sejurus kemudian, aku pon menyambung tidur.




### Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali, maka apakah bekalan utk kita tunjukkan padaNYA, adakah ianya bekalan yang baik atau buruk? ###

Thursday, February 02, 2006

CinTa SimPle yang uTuH

Aku mengantuk. Otakku bagaikan ingin berehat sebentar. Letih berfikir hal penyelidikan. Aku memandang Abang. Abang asyik benar bermain dengan Azzam. Aku melihat Adik. Adik pula khusyuk benar dengan pembacaaannya sampai tertidur-tidur. Aku gelakkan dia. Bukankah sepatutnya kita membaca buku, bukan buku membaca kita? Hehe... Mataku terpandang sebaris kata. Letih menjadi lelaki. Aku terperanjat. Masakan adik letih menjadi lelaki? Hairan. Dan ianya menarik perhatianku untuk membaca isi kisah tersebut.

Rupanya… adik membaca kisah seorang lelaki yang letih mencari cinta. Aku tersenyum. Aku sangat kasihan dengan lelaki yang letih mencari cinta. Cinta manusia. Sayang sungguh, bila manusia mengutamakan cinta manusia, mereka akan lupa cinta Ilahi. Bila yang diutamakan cinta manusia, bila tidak dapat, menggigit jari.

Tiba-tiba, aku terkenangkan seseorang. Aku terkenang kisah cinta Abah. Kisah pertemuan cinta mak dan abah. Padaku, cinta abah simple, tetapi utuh. Kasih abah terhadap emak, masih utuh hingga kini.
“Mana kakak tahu”tanya adik.
Aku menyengih. “Tak ingat aaa sapa bagi tau. Nenek kut pernah bercerita ngan akak. Tapi rasanya abah pon ada maklumkan juga. Sungguh akak tak bape ingat siapa sebenarnya yang maklumkan hal ini”.
“Cerita la kat adikkk..”pinta Adik , dengan riak wajah tidak sabar untuk mengetahui percintaan mak dan abah. Aku tersenyum, menarik nafas dan memulakan cerita.

Abah dan mak satu kampong. Mak mengenali abah tetapi abah kurang mengenali mak. Kerana Abah orang ‘glemer’ di kampong. Maklumla, abah berpeluang melanjutkan pelajaran ke univeristi. Ke UKM. Abah juga pernah berbakti di sekolah lamanya. Abah mengajar pelajar kampong sewaktu cuti. Abah orang ‘glemer’. Abah ‘orang pandai’. Kebanyakan orang kampong kata begitu. Malah, di sebalik nama abah ada rahsia tersendiri. Atuk dan nenek telah menamakan nama abah bersempena dengan nama seorang yang pandai di kampong. Barangkali, sebab itu kita dikehendaki menamakan anak dengan nama yang baik.

Emak pon pandai juga. Kagumnya kakak pada emak ialah bila emak hendak menuntut sesuatu ilmu , dia akan berusaha mencari seorang yang pandai dan belajar dengan orang tersebut. Contohnya, menjahit. Dalam adik beradik emak, tiada siapa yang pandai menjahit, lalu emak mencari seorang nenek untuk menuntut ilmu menjahit dari nenek itu. Tidak kisahlah kalau terpaksa menuntut ilmu jauh sikit dari rumah. Emak juga aktif sukan. Malah emak juga berani. Belut di parit , emak mampu tangkap begitu sahaja, sedangkan kakak dan adik perempuan emak, semua lari ketakutan. Tapi.. emak tak suka menari. Suatu hari, cikgu emak suruh emak buat gaya tarian. Emak keraskan tangan dia. Dengan cara itu, pasti emak tidak dipilih sebagai penari di sekolah. Emak tidak suka menari. Menari di khalayak ramai, pada emak, itu adalah dosa. Kerana itu emak tidak mahu dipilih menyertai tarian di sekolah. Ketika emak menceritakan hal ini, kakak gelak. Gelihati dengan cara emak beraksi mengeraskan tangan di depan gurunya. Tidak sangka, emak pandai berjenaka. Hehe..

Akan tetapi, emak tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat univeristi. Adik beradik emak ramai. Seramai 12 orang, tetapi salah seorang kakak emak sudah meninggal sewaktu dia kecil. Memandangkan adik-adik emak masih perlu bersekolah, maka emak tidak dapat pergi ke univeristi.

Abah, selepas tamat belajar di UKM, abah berpeluang melanjutkan pengajian di luar negara. Sewaktu di luar negara, abah merasakan dia sudah berkemampuan untuk menjaga ‘anak dara’ orang. Lalu abah menulis surat kepada nenek dan atuk di kampung. Surat yang menceritakan keinginan hatinya memperisterikan ‘anak dara’ orang. Permintaan abah sangat mudah. Simple, kata orang putih. Isi kandungan surat itu , lebih kurang berbunyi;
“ Tolong carikkan anakanda seorang isteri. Syaratnya, dia sudah ada SPM dan bersekolah agama.”
“Eh akak, masa tu ada SPM ker? ”soal adik.
“Hehe.. tak de ker? Ala.. yang lebih kurang SPM la…Tapi rasanya mak ada ambik SPM la adikk..”jawabku acuh tak acuh.

“Pastu kak” adik menggesa.

Nenek dan atuk pon cari la calon yang sesuai untuk abah. Asalnya nenek dan atuk hendak merisik satu orang ini. Calon ini juga dikatakan memenuhi syarat abah. Entah macam mana, nenek dan atuk bertanyakan pada seorang hamba Allah ini, dan dia inilah yang mencadangkan emak, lalu ditunjuk arah ke rumah emak.

Kemudian nenek dan atuk mengirimkan sekeping gambar untuk mengetahui sama ada abah berkenan atau tidak dengan calon yang nenek dan atuk carikkan. Sewaktu abah melihat gambar emak, abah kata “Allah… tak pakai tudung” Huhu… Tapi abah merasakan mungkin dapat mendidik emak kemudian hari, lalu bersetuju dengan calon yang nenek dan atuk carikkan. Tidak lama kemudian, emak dan abah berkahwin. Dan emak berpeluang ke luar negara. Dan kakak berpeluang dilahirkan di luar negara. Hehe.. adik jangan jelus aaa…

Demikian lah kisah cinta abah. Simple bukan pilihan hati abah? Abah bukan memilih rupa, tetapi abah terlebih dahulu mengutamakan agama dan kepandaian bakal isterinya, melalui surat yang diberi. Kemudian baru abah melihat rupa bakal isterinya.

Alhamdulillah mak abah bahagia sampai sekarang. Ye la, percintaan selepas berkahwin. Adik perasan tak, abah suka juga mengusik emak. Suatu hari , sewaktu abah sedang menyambung kerjanya di rumah, emak melangkah masuk ke dalam rumah, dan abah berkata “Sejuk hati abang terpandang Nah”. Emak yang baru balik dari membeli belanja dapur, malu-malu kucing mendengar kata-kata abah. Hehe..

“Kakak pon harap kakak bahagia selalu bersama insan tersayang seperti bahagianya emak dan abah.” Kataku sambil tersenyum.

“Insya-Allah kak. Adik doakan kebahagiaan akak selalu. Eh, bukankah kisah cinta kakak pon menarik juga? Sehinggakan emak kata masa pertunangan kakak, ramai orang yang hadir buat Jejak Kasih. Sayang sungguh adik tidak dapat hadir kerana ada peperiksaan. Maafkan adik”Adik bernada kesal.

“Ala… malu la kakak nak bercerita. Nanti – nanti la…kalau kakak berani … hehe..tapi memang menarik. Sehinggakan seminggu selepas kami bertunang, emak asyik bercerita perihal majlis pertunangan akak sewaktu bersarapan pagi. Emak dan abah sangat gembira dengan pertunangan kakak. Kakak pon seronok bila emak dan abah gembira. Sememangnya, ia sangat menarik, seronok dan lucu!” kataku sambil tergelak. Teringat suasana majlis pertunangan kami dulu.

“Adik… kakak berhenti di sini dulu ya. Kakak sudah mahu menyambung kerja adik. Lain kali ya…kita bercerita lagi.. ”. Aku tersenyum.
“Baiklah. Adik pon mahu menyambung tidur. Selamat Malam kakak. Assalamualaikum ”. Kata Adik.
“Waalaikumussalam”