Monday, January 30, 2006

Yg Pahit DiLupakan, Yg Manis DiKenanG, Yg DiImpiKan... terus diburu hingga TerCaPai

Sudah masuk tahun baru. 2006. Sudah Berlalu Tahun Baru Cina. Tapi limau sekotak, adik tolong makan...huhu...sbb adik boleh sambut kat tanahair tercinta. Aku? Semalam ada event menarik kat London sempena Chinese New Year. Tak berkesempatan nak pergi. Tapi tgk rakaman dia. Ditayangkan oleh BBC. hehe...

Tahun Baru bagi umat Islam? Bakal disambut. Beberapa jam lagi. Bersama insan tersayang. Abang dan azzam. ok... teruskan usaha. terus memburu impian.. Semoga Allah berkati hidupku ini, hidup mak abah, hidup adik, hidup kawan2 dan sume yang mengenaliku. Semoga Allah izinkan impianku terlaksana. Menggenggam erat segulung ijazah bernama PhD. Memperolehi gelaran Dr Petunjuk. dan terus melaksanakan perintahMu dan menjauhi laranganMu, ya Allah.... Ameen....

### Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali, maka apakah bekalan utk kita tunjukkan padaNYA, adakah ianya bekalan yang baik atau buruk? ###

Saturday, January 28, 2006

Penaakulan Mantik

Lewat petang, kami bertolak ke Heathrow Airport, menghantar Dr Nawal dan isterinya Gee pulang ke tanahair tercinta. Alhamdulillah, Nawal sudah memperolehi Dr. Aku? Insya-Allah Dr to be... ameenn...

Nawal pesan, jangan putus asa. Benarlah, hidup ini tidak boleh putus asa. Aku teringat ada yang kata Allah tak suka hambaNya berputus asa. Ya Allah, jangan biarkan aku berputus asa, meskipon hati ini terkadang bagaikan longlai untuk meneruskan perjuangan.

"Hek eleh... dah cecah kaki sebelah.. tu.. habiskanlah perjalanan tu.." kata seorang teman.
"Fikirkan yang positif sayang.."pesan abang.

Aku tarik nafas...teringat pula kata emak."Kalau orang lain boleh buat, takkan kamu tak boleh?"

Ya.. nawal dah berjaya... maka sewajarnya aku pon boleh. Ameen.
Dan dalam pada aku sedang berfikir dan berangan, Gee menatap wajah azzam, 'comel la azzam ni', dicuit-cuitnya pipi azzam. Azzam menyengih. Memang dasar cheeky boy. hehe..

Kata-kata itu membuatkan aku teringat pada sesuatu. Pelajaran di sekolah, iaitu Penaakulan Mantik sewaktu di tingkatan 4.

Cikgu Aris berkata "Monyet suka makan pisang, Firdaus suka makan pisang, Maka Firdaus adalah monyet"
Satu kelas gelakkan Firdaus. Kasihan Firdaus, budak laki yang paling hensom dalam kelas aku, kena buli, dengan cikgu matematik. huhu...Tapi dia bijak juga, bila diberi peluang untuk memberi contoh, dia mengenakan cikgu Aris. Haha.. padan muka..ngeh.. ngeh.. tu la... sapa suruh buat ayat contoh mengejek anak murid, kan dah kena? :)

Gee masih lagi mencuit-cuit azzam. Hehe.. Bayangkan, Gee seorang wanita yang cantik (di mata aku:P ) kata azzam comel.. bangga kan? :P
Eh.. macam mana kalau kita jadikan hal ini dalam ilmu Penaakulan Mantik? Bukankah kalau kita mempelajari sesuatu, kita perlu praktikkan;)
katakan...
"Azzam adalah budak comel"
"Petunjuk76 adalah ibu azzam"
maka? Petunjuk76 adalah comel. hehe...bangga..bangga.. sebab aku pon comel:P

"elelele..."kata Mi.

Haha.. Mi jelus:p

Permintaan 1

Buat teman, semoga ini dapat bantu skit. Sebetulnya, aku sudah lupa hal affine and projective invariant, sebab menumpukan hal lain. Maaf ya. Anyway, penerangan awal,

1. Invariant : something that does not change under certain specific transformation @ operation.


2. Affine invariant : An object or shape property that is not changed by the application of an affine transformation.


3. Projective invariant : An object or shape property that is not changed by the application of an projective transformation.

Paper : sila ke laman ini (seandainya tidak menemui sebarang kertaskerja @ paper mengenai affine and projective invariant).

http://library.utia.cas.cz/asep/FLUS_JAN.html



Apa pentingnya kita mengetahui sesuatu objek adalah invariant apabila berlaku sesuatu transformation ke atasnya? Jawapan : Invariant dianggap penting dan perlu apabila kita hendak membuat aplikasi seperti matching atau pattern recognition.

Katakan, kita mempunyai dua gambar. Contoh, gambar (1) adalah empat segi tepat dan (2) adalah gambar empat segi tepat yang sama, tetapi dipusingkan (rotate) pada 90 darjah. Pada mata kita sebagai manusia yang ada akal:D, kita akan kata objek tersebut adalah sama. Tetapi komputer bila dia proses gambar tersebut memberi jawapan objek pada gambar tersebut adalah berbeza.

Walau bagaimana pon, apabila kita mengira moment bagi kedua2 gambar, dan moment yang kita guna adalah invariant under rotation (iaitu apa jua objek yang dipusingkan ), maka komputer memaklumkan gambar contoh tadi merupakan objek yang sama. Hal ini terjadi kerana invariant moment under rotation bagi objek gambar (1) dan (2) adalah sama, meskipon objek tersebut telah 'rotate'.

Kalau affine , macam mana ya?;) Fikir dulu, bersambung di lain waktu...


Ref :
1. R.B.Fisher, et al. Dictionary of Computer Vision and Image Processing,John Wiley & Sons (2005)




### Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali, maka apakah bekalan utk kita tunjukkan padaNYA, adakah ianya bekalan yang baik atau buruk? ###

Monday, January 23, 2006

Anak : Kalau boleh aku nak...

Cuaca kian sejuk. Aku batuk-batuk. Pastu muntah. Terhembur segala yang kukunyah pagi tadi. Aku muntah. Tak de rezeki nasi itu untukku. Eh, aku muntah.. tapi bukan muntah-muntah yang pernah kualami hampir tiga bulan sewaktu mengandungkan azzam. Aku rindu. Rindu untuk muntah-muntah selama tiga bulan itu. Sebenarnya.. aku rindu untuk mengandung lagi. Tapi abang kata, tumpu belajar dulu. Takut tak terkawal. Ye la… dengan nak belajar, dengan rumah, social dengan kawan-kawan, dengan karenah azzam, tak ketinggalan karenah manja abang. Hehe..

Dulu, sewaktu bertandang ke rumah Fiza, aku tak ingat, sama ada azzam dah lahir atau belum waktu itu. Rasanya cam belum. Kak Sikin bertanya.
“Ko nak berapa orang anak?” soal Kak Sikin sambil senyum.
“Duabelas” jawabku ringkas.
Kak Sikin ketawa. Sakan. Aku pandang dia, pelik.. Huhu.. Salah ke? Soal hati.

“Ha’ah.. Lain kali kalau aku tanya ko, bila ko dah ada anak sorang, tentu ko jawab, sorang pon dah cukup la kakkk..”. Kak Sikin menyengih. Opss.. adakah begitu?

Sekarang…sudah 4 tahun usia perkahwinan ku.Aku masih teringat kata-kata Kak Sikin. Kalau orang tanya pon, memang nak aje aku jawab, aku nak 12 orang anak. Sebab apa? Mungkin sebab aku suka suasana ramai. Riuh. Meriah. Tapi kalau anak-anak bergaduh macam mana? Bisik hati kecil. Heh? Aku sengih sorang-sorang.

Kini azzam sudah menjangkau 3 tahun. 3 tahun 5 bulan. Azzam lahir bulan 8. 2002. Dia suka membantu. Dia bijak. Dan ceria. Dia cheeky boy. Nakal dan sangat comel. Adakalanya dia kelihatan begitu tampan. Aku bangga. Sebab ada anak yang baik dan tampan. Tapi kadang-kadang aku takut. Aku takut kalau kerana ketampanan wajahnya, ramai wanita datang menggoda. Aku harap, azzam pandai menjaga diri dan pergaulan. Ameen. Saat seperti ini aku rasa cam nak anak 10. Baik macam azzam. Comel macam azzam. Abang pon pernah kata begitu. Eh? Tadi kata nak 12? Haha..

Tapi azzam yang baru sorang ini pon kadang-kadang buat perangai juga. Kalau dia buat perangai, aku dan abang kata, cukup la dia seorang… hehe…



### Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali, maka apakah bekalan utk kita tunjukkan padaNYA, adakah ianya bekalan yang baik atau buruk? ###

Sunday, January 22, 2006

Permintaan

Komen pada salah satu entry-ku :

Assalamu’alaikum ,
Boleh tak tolong tulis kan pasal
Analysis the different between affine and projective transformation?
Tq..


Seorang hamba Allah minta aku ceritakan pasal affine and projective transformation.
Aku nak jawab, aku boleh terangkan.. tapi sekarang aku tengah nak struggle siapkan report and yang sedihnya, experiment aku ada silap skit.. perlu baiki.
Bagi memenuhi permintaanmu ini wahai teman, aku akan cuba terangkan sekitar bulan 2, sebab waktu tu, dah patut antar report. Boleh ya? Aku tulis kat sini supaya aku kena ingat janji ku dengan hang... Doakan aku berjaya. Maaf andainya penangguhan ini membuatkan ko berkecil hati, but i have to, sbb aku nak cuba terangkan sampai ko paham, its just time that i need but not now.
Anyway, kalau rasa cam lambat nak aku terangkan, hang boleh rujuk paper Flusser and Suk. Diorang nih banyak terangkan pasal affine dan projective transformation moments. Secara kasarnya, diorang nak pastikan kita boleh recognise sesuatu benda yang gambarnya senget2 sama dengan gambar original. Original image tidak senget.Guna moment. Dan memang moment ini kalau di'calculate' sepatutnya object yang sengit, mempunyai nilai yang sama dengan moment of original object.

### Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali, maka apakah bekalan utk kita tunjukkan padaNYA, adakah ianya bekalan yang baik atau buruk? ###

Merajuk

Mi : pss.. boleh tolong tak? ada satu hamba Allah nih merajuk ngan aku aaa...
petunjuk76 : so? pujuk aaa..
Mi : aku tak layak...
petunjuk76 : sebab per? dia anak raja ker? (aku gelak sakan)
Mi : Dok aih.. dia tak sama status.. dah kawin..huhu..
petunjuk76 : err.. dia merajuk sebab per?
Mi: err.. tak pasti... aku tanya..tapi dia cam buat tak tahu..pastu dia kata dia nak merajuk ngan aku....aku konpius aaa..
petunjuk76 : err.. ko bleh agak ker dia merajuk sebab apa?
Mi : mungkin sebab aku kutuk blog dia kut?
petunjuk76 : lerr... pasal tu ker? mungkin ada sebab lain jugak dia merajuk ngan ko. Maksud aku... mungkin sebelum2 tu dia ada berkecil hati ngan ko pasal lain, tapi tak disebut... so lama2 luka tu menggunung aaa...aku rasa gini aaa... ko mintak maaf aje... katakanlah ngko bergurau ke, dan mungkin gurauan ko tak kena at that time....so just say sorry..
Mi : tak nak aaa...
petunjuk76 : sebab per? sekadar maaf pon sukar untuk disebut? (nadaku pelik)
Mi diam... dan terus diam...


sebut pasal merajuk , aku pernah membuatkan guruku merajuk. Mungkin kataku berbisa, aduss... tapi aku langsung tak bermaksud untuk melukakan hatinya. Aku bingung... nak buat cam ne eh... so aku tanya seorang kawan, cam ne nak pujuk guruku ini..sebab dia guru lelaki, dan antara orang yang paling kuhormati selain dari ayahku. Kawanku kata, lelaki kalau merajuk, ko buat derk aje...as if suasana yang melukakan tu tak wujud dan terus berkomunikasi dengan dia... tapi kena gak aa mintak maaf. So aku memula pujuk guruku, aku katakan aku minta maaf atas kesilapanku, dan aku berikan dia sesuatu. (Actually abang-suamiku membelikan dua frame cantek dari mesir. Ada tulisan Al-Quran. Cantek dan comel. Aku suka sangat. Salah satu dari frame itu kujadikan sebagai hadiah dan ianya selamat diserahkan kepada guruku ). Pastu, hari2 yang lain, aku borak selamba dengan guru, juga berdoa pada Allah agar guruku tidak lagi merajuk denganku. Alhamdulillah, kami kini berhubung dan masih baik. Alhamdulillah...


Tapi kalau pompuan merajuk cam ne? Mungkin lain pompuan lain caranya, tapi secara peribadi aku berpendapat :

KAlau perempuan itu isterimu, memang kena pujuk. Sebut kata2 sayang tu biasa la... dah namanya isteri..hehe..., ada orang bagi bunga, coklat atau apa saja yang disukainya. Kalau si isteri dia punya kesukaan adalah rantai emas... huhu.. pandai2 la ko nak uruskan cam ne..hehe..... and katakanlah maaf... and bincang, cara2 untuk mengurangkan sessi merajuk itu..hehe

Kalau perempuan itu ibumu? Rasanya sama juga, kena tahu apa yang dia suka, belanjakan sedikit wang, dan berikan dengan senyuman paling manis... dan ucapkan ayat2 memuji kejelitaan ibu.. haha.. termasuk segala kesukaran ibu mendidikmu, dan sebagainya dan of course , ayat power, "Anakanda mohon kemaafan atas kesilapan anakanda , wahai bonda..." Tangisan? aku rasa cam perlu juga, tapi jangan nampakkan anda berlakon..huhu... make it real kay;)

Kalau perempuan itu bukan isterimu, bukan adik mu, tapi kamu hormati dia, aku rasa, bagi la ucapan yang baik and sekali lagi... minta maaf...
tak susah kan? ke cam ne?



### Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali, maka apakah bekalan utk kita tunjukkan padaNYA, adakah ianya bekalan yang baik atau buruk? ###

Saturday, January 21, 2006

Hamka

Aku geram ngan seorang hamba Allah nih. err bukan le geram cam ne... bercampur baur dengan rasa kecil hati dengan kata2nya. So borak kejap ngan adik.

adik : adik x pernah fikir silap langkah sbb klu fikir mcm tu macam kita menyalahkan ketentuanNYA kpd kita. so, apa pun yg ditempuhi kena teruskan.

terkedu aku dengan katanya. Sebab aku terkadang nyesal dengan apa yang terjadi dulu. Yela.. dulu tak buat SPM btol2... kalau tak dah tentu dapat belajar oversea lagi awal? hahaha... opss...mungkin tidak.. sebab semuanya ketentuan dariNya. So mengapa mesti menyesal kisah silam? Betul tak?

adik : Hidup insan lain letaknya. Lazat akal sempurna basa, mulia hati lautan faham, penuh melaut kira-kira. Putaran dua perkara, pertama Iman, kedua Islam. Begitulah hidup orang berakal. - HAMKA

alhamdulillah. terima kasih adikku. kata2 yang sangat memberangsangkan. walau bagaimana pon, mataku dah mula nak terkelip2... macam tak laarat nak berjaga utk malam ini... sebenarnya puas aku nak fikirkan solution untuk experiment aku tu..
pening... rasa cam sume dah nak gelap... aku nak tidur la dulu.. tak larat:(

### Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali, maka apakah bekalan utk kita tunjukkan padaNYA, adakah ianya bekalan yang baik atau buruk? ###

aBang...

Kehidupan setelah menjadi suami isteri sangat menyeronokkan. Ia menjadi lebih seronok apabila kita bijak mengawal suasana agar segar bugar, ceria dan tenang. Suamiku, yang kubahasakan sebagai abang, suka benar mencuit aku. Kalau geli dan tak tahan diusik, aku memang dengan nada manja akan sebut.. abanggg... meminta dia berhenti dari mengusikku.

Azzam pon acap kali diusik oleh walidnya. Walid seerti dengan ayah atau abah atau daddy. Walidnya memang suka nyakat. Bukan azzam saja, umminya juga disakat:D, semuanya untuk menghidupkan suasana romantis dan ceria dalam sebuah kehidupan berkeluarga. Dan... azzam kalau dia tak tahan geli atau tak tahan diusik oleh walidnya, azzam pon akan sebut... abangggg...dengan nada manja.
hehe... amboi azzam nih, itu pon mau tiru ummi ker;)


### Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali, maka apakah bekalan utk kita tunjukkan padaNYA, adakah ianya bekalan yang baik atau buruk? ###

Tuesday, January 17, 2006

Belajar Baik-Baik

Azzam sudah tiga tahun. Dia sudah boleh pergi ke nursery and kami tak perlu bayar apa-apa. Cuma dua jam setengah, bagi satu sessi. Ini disebabkan pihak kerajaan British memberi peruntukan kepada sekolah @ nursery terbabit demi pendidikan rakyatnya. PERCUMA. dan setiap hari. Best kan?

Rasanya kat Malaysia, negaraku yang kaya pon tak cam nih kut. KAlau tak silap, Kanak-kanak yang pergi ke tadika, semua perlu dibayar. Adeh... kalau orang miskin, tentu susah kan. Aku yang jadi tenaga pengajar pon terkadang memikirkan bagaimana untuk menjana lagi sumber kewangan keluarga kami. Apa-apa pon, rezeki itu dari Allah, tapi kita perlu berusaha.

Sejak Azzam sudah pergi ke school (sepatutnya disebut nursery atau tadika, tapi sbb ianya dalam school, so kami sebut school saje), dia semakin petah. Seronok tengok gelagat dia. Malah cikgu dia memuji dia sebab dia sudah pandai mengenal huruf dan nombor dan juga pandai mengeja. Sebahagian kata-kata, sudah terhafal dimindanya. Nampaknya kami kena latih dia hafaz Al-Quran dengan segera, kerana mahu dia menjadi tahfiz. Orang yang hafaz Al-Quran dan memahami makna serta mengamalkannya, adalah orang soleh dan dikasihi Allah. Aku mahu anakku dirahmati Allah dan dikasihi oleh pelbagai jenis manusia.

Nama Azzam pon diambil sempena gabungan Nabi Muhammad S.A.W dan As-Syahid Dr Abdullah Azzam . Kedua-dua insan ini adalah manusia yang baik dan cuba menyatu padukan umat Islam di zamannya. Aku mahu Azzam menyatu padukan manusia, khususnya orang Islam. Insya-Allah.

Oh ya... setiap pagi, sebelum Azzam ke school, aku selalu pesan kat Azzam agar 'belajar baik-baik'. Ye lah, umminya berharapan tinggi, so mintak dia belajar bersungguh-sungguh la kan;)

dan setiap kali bila dia balik dari school, aku akan tanya perkembangan dia di sekolah(andainya berpeluang jumpa dia di waktu petang, sbb sekarang nih balik lewat malam, buat keje kat opis..huhu.. balik rumah biasanya azzam dah tidur). Dia terkadang bercerita macam-macam. Terkadang sukar untuk difahami kerana vocab nya masih kurang. Tapi ada satu perkara yang aku suka ialah bila aku tanya azzam, "Azzam belajar apa kat school?" Dia akan jawab dengan bersahaja, "belajar baik-baik"... huhu..sabor aje la dengar jawapan itu:D.

### Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali, maka apakah bekalan utk kita tunjukkan padaNYA, adakah ianya bekalan yang baik atau buruk? ###

Saturday, January 07, 2006

The day that i remember

This time, i am trying to tell a true story about my dear son , Azzam, in english. Actually for your information, i wanted to improve my writing skills, therefore, need to write in english la:p

Ok, this story happen when azzam was nearly one year old. At Malaysia. My lovely country.

My father own a hyundai car. Sonata. He admired this car when he had a honda car. But then he told us he wanted to have a hyundai sonata instead of honda. Because it looks sporty but too suitable for an old man like him. hehehe...
We thought he was a bit joking. But one day, he said, come to a bla..bla restaurant, after magrib.

We prayed magrib and had to cancel the Al-quran class because need to entertain my dear father and mother at the restaurant as promised. When we arrived there, we couldn't find the honda car, even the white perdana car (my dad's company car). However, we found a cream lovely hyundai sonata and parked beside it. Actually we own a greyish proton saga car. Because i'm not that rich to buy big cars..huhu...not rich yet:p

We then search for my parents, and they were waiting us with a big smile. Hehe.. of course my dad feel very proud of buying the car that he dreamed:D . He said that the hyundai are much cheaper than the honda, so he trade in to buy the hyundai sonata.

After eating, we had a look on the hyundai car. Guest what, Azzam who was nearly one year old, was showing the hyundai car. We told him that is not our car. But he refused to be inside the hyundai car instead of proton saga. What a funny boy , he is. He had a great taste... hahaha...even though he was nearly one year.

Then my mum took him inside the car. My husband and I just smile, actually trying to control our laugh, with azzam's cheeky action. Then my dad came , as he was just finished paying the bills.

My dad as the driver took his seat and took azzam and gave azzam to us because he was in a hurry. And there comes another funny things. Azzam cried and merajuk to his grandparent. Err.. i don't know merajuk in english means, but he cried and the look his grandparents with a hatred face, just like he really hate to be out of the hyundai car... hahaha.. for us and my parents, azzam's action was really funny. He even doesn't want to wave 'bye-bye' to his grandparents as usually he did. hehe... that's the story for today. Hope you enjoyed it;)

A reminder for me and you :
[174] Those who conceal Allah's revelations in the Book, and purchase for them a miserable profit, they swallow into themselves Naught but Fire; Allah will not address them on the Day of Resurrection, nor purify them: grievous will be their Penalty.

[175] They are the ones who buy Error in place of Guidance and Torment in place of Forgiveness. Ah! what boldness (they show) for the Fire!

[176] (Their doom is) because Allah sent down the Book in truth but those who seek causes of dispute in the Book are in a schism far (from the purpose)

taken from the Al-Quran [Surah Baqarah , ayat 174-176]
can be seen in

Tuesday, January 03, 2006

my best friend is... makcik:D

minggu sudah, kami mengambil peluang bercuti dan berjalan2 ke rumah kawan dengan niat menziarahi mereka kerana Allah. Alhamdulillah, meskipun tidak berupaya nak ziarah semua dalam seminggu tapi dapat le pi ziarah en yahya kat cardiff, en fairuz kat birm, izan kat notts and kak mas kat sheffield.

Tapi hari yang kami cadang nak bertolak iaitu jumaat.. terpaksa dikenselkan sbb azzam tak sihat. dia kena cirit birit. sian dia...sudah le beberapa hari sebelum itu, azzam diuji dengan demam panas, sampai melepek dia..asyik nak tidur and tak larat nak bermain seperti biasa. yang sedihnya, minggu tersebut kami dah janji ajak ikhwan (abang kesayangan azzam , juga undergrad kat sini) berjalan2 ke tempat abg kandungnya. terpaksa juga dikenselkan. Maafkan kami , ikhwan, sbb terpaksa kenselkan last minit.

sudahnya, badan azzam yang sedia kurus hampir nampak rangka, aduss... sayu btol lihat badan azzam. terasa lak aku sbb macam tak bagi anak makan..huhu.. hakikatnya azzam tu terkadang payah benar nak makan... mungkin kami perlu bagi dia vitamin yang sesuai agar dia makan banyak.

bila azzam kena cirit birit.. terpaksa la kami pakaikan dia nappy, sedangkan kawan2 dia yang berusia tiga tahun sume dah tak pakai nappy... malu juga aaa sbb azzam lambat skit nak pakai nappy, tapi aku yakin, suatu hari, atas kerelaan dia sendiri.. dia tak nak pakai nappy..so i just need to wait and see:p

and, petang jumaat tu, tanya pada sorang kawan, what to do if anak kena cirit birit... alhamdulillah dapat solution and pi asda beli ubat tu, and bagi kat azzam secara PAKSA! huhu... apa nak buat... kalau tak..susah juga la nak berjalan p rumah kawan:p

and aku lak.. ada keje tak siap lagi... cadang nak bagi keje banyak skit kat komp , suruh dia buat experiment while aku pi berjalan..hehehe... ziarah kawan beb...niat suci apa..ngeh2

sabtu petang, aku dah siap buat experiment, aku ada tiga data iaitu gambar2 siang, petang, dan combination of both. Pastu ada 4 algorithm... huhu.. so target dalam seminggu bleh siap aaa.. insya-Allah..and off we go.. pi cardiff dulu sbb nak pulangkan baju sejuk ayu plus nak tengok si comel yazdan... anak sulung en yahya.

rasanya aku cite pengalaman bercuti ni lain kali la...walaupon terasa nak aje cerita sekarang..tapi since aku ada target lain nak buat..so asal aku nak tulis nih saje nak cite pasal gelagat si afif, anak kak mas...

aku rasa, anak2 kak mas tu sume senang ngan aku.... huhu...
kami bermain and bergambar, and ada sekali tu masa kami bermain passing bola ... si afif cakap... My best friend is..... makcik, lalu dia pass bola kat aku... hehehe... terharu beb bila afif kata gitu..:p

seb baik jugak aku tak bukak nursery... kalu tidak...ramai aaa best friend aku terdiri dari budak2 kecik..bukan apa... takut depa tak nak balik sbb nak tidur ngan best friend..hehe...amboi... siap pasang angan2 aku nih..huhu..

ntah apa yang ada kat aku ni pon aku tak tahu... izan lak , masa kat rumah dia...dia perati gelagat aku layan si azzam, pastu dia cakap... patut la azzam suka sangat kat akak.. akak sabar dengan dia.... hehe.. terkesima aku ngan kata2 izan... sabarkah aku? ntah... tapi setiap kali aku nak washkan azzam, terkadang2 terpaksa bercerita ngan dia sambil bukak baju dia pelan2... kami berdua kekadang bercerita atau aku uji daya ingatan azzam tentang apa2.... kekadang kalau buatkan roti coklat , aku siap nyanyi2 ngan azzam... one roti coklat...one roti coklat... sambil spread coklat atas roti , masuk roti kedua..two roti coklat..two roti coklat...hehe...sampai le bape banyak roti yang dia nak... sudahnya... after kami balik dari notts tempohari.. hampir setiap hari azzam mampu makan sebuku roti coklat...dasat kan?...

apa2 pon aku teringat lak kata2 sue...katanya, aku boleh turunkan level macam budak2..ngeh2...no komen...:P

so itu le cite buat hari ini...ok...back to work!!



### Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali, maka apakah bekalan utk kita tunjukkan padaNYA, adakah ianya bekalan yang baik atau buruk? ###