Monday, September 25, 2006

Jangan MaRah...

Hari ini sudah masuk hari ketiga kami berpuasa. Maksudku, aku dan abang berpuasa. Azzam? hehe... dia bangun sahur pon tidak, maka dia tidak berpuasa. Tak pe... dia dimaafkan kerana dia masih kecil. Tapi hari ini dia membantu kami memasak di dapur. Tolong mengupas lobak. Menggunakan alat pengupas. Aku tak pasti apa nama sebetulnya alat pengupas itu. dan si kecil azzam tidak berjaya mengupas lobak tersebut dengan betul lalu meminta pertolonganku, "Ummi , can you help me", ujar azzam dengan lembut. "Boleh sayang" kataku sambil memegang tangannya untuk menghabiskan kerja tersebut.

Abang kemudian datang. Ada sesuatu yang dia tak puas hati. Dia menegur kesilapanku, errr.. cara aku potong kubis tidak betul. Nada abang tinggi, bunyinya seperti marah. Menyedari itu memang kesilapanku, aku diam je la. Sebaik saja abang berhenti membebel, azzam pon berkata, "Walid, jangan marah ummi... nanti azzam sedih". Azzam pon berlalu ke ruang tamu. Abang terkedu. Aku pula sangat terharu. Terharu beb... dapat anak soleh cam tu;)


### Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); [Al-Mulk, ayat 2] ###