Wednesday, November 07, 2007

Azzam : I think Muna is....

Ya Allah! lama gilos aku tak update.
sewaktu cuti bersalinkan muna tempohari, aku dah berangan nak cerita macam2 perihal azzam tapi ya.. tak nyempat2. akhirnya ...aku rugi pasai dah lupa apa mende nak diceritakan. Plus aku lupa apa password aku..waduh! tapi kali nih tak bleh lupa! Sebab aku dah bersemangat skit nak bercerita pasal kehidupanku dan anak2.

Best aperrr ada anak2 nih. Ya.. ayat favouret yang selalu disebut2 bila mana tengok keletah muna and azzam berdua, baik, main sama2, belajar sama2, makan sama2, tegur menegur walaupon muna dengan bahasa yang tak sama seperti kami, hehe, tapi memang best tengok diorang, tambah syukur aku kerana Allah mengurniakan daku anak2 yang berwajah lembut dan comel , sedap mata memandang, bertambah keinginan aku and abang utk menambahkan anak. hehe.. tapiiiiiii..bila dedua buat perangaiiiii...cukuplah dua orang nih dulu. Kak nurul pasti gelak bila aku sebut hal ini:D.

Muna kini sudah setahun. Cepatkan masa berlalu. sebetulnya sudah hampir setahun aku tidak mencoret apa2 di ruangan ini sampai luqman tegur, bila nak update! haha..dapat teguran baru nak update? tapi luqman tegur dah lama dah..hoho

muna sekarang dah pandai memanjat, tapi blom berjalan. tak pelah..tapi dia dalam proses untuk berdiri tanpa sokongan, and again, jatuh semula. keep going Muna! sure you can do it! Tapi belum setahun, Muna dah lasak. terkadang panjat atas badan abangnya. Barangkali sebab itu juga azzam pernah sebut, "Ummi, i think Muna is a boy". Aku tergamam. Cam ne lah azzam boleh justifikasikan Muna is a boy, just because Muna is lasak? hhuhu.. barangkali juga anak no 2 lasak. Mungkinkah?


### Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); [Al-Mulk, ayat 2] ###